Friday, August 14, 2009

Solat Hajat Dan Bacaan Yaasin Sempena H1N1

Atas rasa kehambaan dan memohon Rahmat dan Magfirah, pihak Panitia telah menganjurkan satu Bacaan Yaasin dan Solat hajat bagi memohon dihindarkan musibah yang menimpa umat hari ini.

Bacaan Yaasin yang diadakan di dataran Kejat ini diimamkan oleh AF Ustaz Zulkarnain dan selepas itu terus Solat Hajat dua rakaat. Selepas berakhir doa, Tn Guru besar telah memberikan sedikit ucapan dan nasihat agar semua memandang serius akan ujian H1N1 yang sedang melanda kita hari ini disamping terus berdoa agar Allah angkat musibah ini.

Semoga usaha yang sedikit ini mendapat perhatian dari Allah SWT. Amin...












Friday, August 7, 2009

Sebab Diturunkan Musibah Kepada Manusia

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak pernah Kami membinasakan kota-kota, kecuali penduduknya dalam keadaan melakukan kezaliman. (al-Qashash: 59).

Maka tidak dibinasakan kecuali kaum yang fasik. (al-Ahqaf: 35).

Kami telah membinasakan mereka, kerana sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berbuat dosa (al-mujrim). (ad-Dukhan: 37).

Sesuai dengan wabak yang melanda umat dunia hari ini iaitu Virus H1N1, maka perlulah kita amati Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: Sesungguhnya di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah hilangnya kemanfaatan ilmu dan makin ketara kebodohan dan banyaknya peminum arak dan meluasnya perzinaan dengan terang-terangan. (riwayat al-Bukhari).

Menurut Imam Baidhawi (Tafsir al-Baidhawi, juz 2, hal. 106) Musibah diturunkan oleh Allah kerana lima sebab.

Pertama, zina dibiarkan berleluasa dan jalan-jalan melakukannya seolah-olah terbentang luas melalui 'iklan' yang disiarkan. Apabila berlaku begini, akan diturunkan penyakit taun kepada sesuatu kaum itu.Para ulama moden mengkiaskan taun itu sebagai wabak penyakit baru seperti meningitis, hepatitis, Aids, lembu gila, selesema burung dan H1N1. Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar tentang penyakit-penyakit tersebut. Punca utamanya adalah zina terlalu berleluasa.

Kedua, berlaku kemarau disebabkan umat Islam tidak menunaikan zakat. Malah ulama menyebut, jika bukan kerana binatang dan tumbuh-tumbuhan yang melata, tentulah Allah tidak menurunkan walau setitik pun hujan di muka bumi ini.

Ketiga, perbuatan menipu dalam timbangan atau sukatan. Maka, Allah akan menimpakan inflasi menyebabkan kita sentiasa berasa tidak cukup walaupun dikurniakan rezeki.

Keempat, apabila kita tinggalkan undang-undang Allah maka musuh-musuh Islam akan berkuasa melakukan apa sahaja ke atas umat Islam. Ini termasuk merampas harta dan kita hanya boleh melihat tanpa boleh berbuat apa-apa.

Kelima, lanjutan daripada itu Allah akan menimbulkan prasangka antara satu sama lain di kalangan umat Islam. Menyebabkan kita tidak boleh bersatu.Apakah prinsip yang perlu ada bagi umat Islam apabila berhadapan dengan musibah seperti H1N1 sekarang?

Sesungguhnya, musibah maupun azab yang ditimpakan Allah SWT kepada manusia ditujukan agar mereka kembali mentauhidkan Allah SWT. Dan menjalankan seluruh syariat-Nya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat. Wallahua'lam.

Pertandingan Koir Kempen Anti Dadah


Kumpulan 4 Cemerlang Bimbingan Pn Noredah Misran


Kumpulan 5 Gemilang


Kumpulan 5 Cemerlang


Kumpulan 4 Gemilang dibimbing oleh Pn Noraza


Para hakim yang serius kerana saingan amat sengit

Virus H1N1 Disyaki Di SKAB

Sekitar jam 10.00 pagi, beberapa orang murid telah dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam.

Agak memeranjatkan, terdapat ramai ibubapa murid dari SKAB telahpun berada di Klinik Slim River untuk mendapatkan rawatan anak mereka yang demam. Setelah diperiksa murid berkenaan, ada yang telah mencecah suhu 40.2 darjah celcius.

Bagi memastikan keselamatan sekolah, pihak kesihatan telah turun ke sekolah bagi memeriksa suhu murid-murid dan guru-guru.

Berita terbaru, dua orang guru diberi cuti rehat kerana demam.

Bersama kita berdoa agar kita terhindar daripada ujian yang ditimpakan kepada kita semua. Janji Nabi SAW, setiap penyakit ada ubatnya, tetapi puncanya perlu juga ditangani..


Cikgu Tahkim dan Geng sedang menunggu untuk pemeriksaaan suhu


Semuanya anggun 'bertopeng'


En Mutuhusamy juga turut pakai topeng.

Tuesday, August 4, 2009

Sekitar Perasmian Kempen Anti Dadah


















LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP