Friday, May 29, 2009

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua Guru terutama kepada guru-guru SK Aminuddin Baki.

Yang bercuti pulang ke kampung, didoakan selamat dalam perjalanan.

Monday, May 25, 2009

Kursus EDUWEBTV

Seramai 38 orang guru SKAB telah mengikuti kursus EDUWEBTV pada hari Sabtu yang lalu. Kursus ini dikendalikan oleh Pn Nancy yang memang pakar dalam hal ini. Selepas itu, slot kedua diambil alih oleh En Saiful, selaku Guru Bestari dengan tajuk Zoom-A.

Kursus ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Untuk menjelajah ke Web EDUWEBTV, sila ke links di bawah..

http://www.eduwebtv.com/index7.php

Untuk ke Halaman Zoom-A, sila ke links berikut:

http://www.zoom-a.com/

Terima kasih kepada pembentang. Semoga pertambahan ilmu ini menjadikan guru-guru lebih profesional.


Tekun nampaknye tu, mesti dah banyak downloads bahan


Sampai tak nak keluar makan tu..

Monday, May 18, 2009

kemeriahan Hari Guru






Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan tahun ini agak istimewa bagi kami warga SKAB. Kami guru-guru dan semua staf serta murid-murid memulakan acara sambutan dengan bacaan Yaasin secara berjamaah. Bacaan Yaasin ini dipimpin oleh A.F. Ustaz Zulkarnain bin Yusop.

Selesai membaca Yaasin, acara diteruskan dengan ucapan ketua murid, ucapan Guru Besar, membaca perutusan, dan Ikrar Guru-guru. Selepas itu, semua guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru tahun ini iaitu 'Guru pembina Negara Bangsa'.

Majlis diteruskan dengan persembahan sajak dan syair daripada murid-murid. Paling istimewa, persembahan sajak oleh wakil guru, Cikgu Shamsudin dengan sajaknya 'GURU'. Terima kasih Cikgu Din kerana mendeklamasikan sajak dengan penuh semangat dan gaya sasterawan.

Majlis berakhir acara sukaneka guru-guru. Acara yang sungguh menarik dan mencabar ialah 'Bowling Padang'. Ramai peserta berjaya menunjukkan bakat yang terpendam. Selepas itu, disusuli pula dengan acara membaling telur. Alhamdulillah, semua telur dapat diselamatkan daripada pecah.

Semoga sambutan ini memberi makna yang mendalam demi ukhuwah guru-guru dan semua warga SKAB. Semoga Allah memandangnya dengan RAHMAT dan KASIH SAYANG-NYA. Amin..

Selamat Hari Guru.
TERUSKAN PERJUANGAN..

Friday, May 15, 2009

Majlis Penutup Minggu Bahasa Melayu






Wednesday, May 13, 2009

Keistimewaan Doa Waktu Bersujud

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- “Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.”

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
“Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

“Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat”
Mendengar itu para sahabat bertanya: “Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?”

Jawab baginda: “Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pulaterdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?”

Sahabat Menjawab: “Bahkan !” Rasulullah menyambung: “Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser- seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu’) putih berseri-seri oleh cahaya wudhu’ !!!”KEISTIMEWAANNYA———————Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

“Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supayamengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud”

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wassalam.

“Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA; Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dgn keIKHLASAN hati.”

Dipetik dari: http://smzblog.wordpress.com

Tuesday, May 12, 2009

Selamat Menyambut Hari Guru

[ Testi Ucapan4u ] [ Malaysia Tv Series ]

Monday, May 11, 2009

Perjumpaan Ibubapa Bersama Guru-guru Tahun 6

Pada 8 Mei 2009, satu perjumpaan ibubapa bersama guru-guru Tahun 6 telah diadakan di PKG Slim River.

Perjumpaan ini dimulai dengan ucapan Guru Besar yang mana menyentuh tentang permasalahan serta memohon maklum balas serta cadangan bagi meningkatkan lagi prestasi murid-murid terutama murud Tahun 6.

Kelihatan para ibubapa memenuhi ruang yang disediakan iaitu di tingkat atas PKG Slim. Maklumbalas daripada ibubapa juga amat menggalakkan.

Majlis berakhir dengan menandatangani kad laporan prestasi bulanan murid Tahun 6.

Sebelum bersurai, semua tetamu bersama guru-guru menikmati jamuan ringan yang disediakan.

Harapan semua pihak, murid-murid sekolah ini terus berjaya di dunia & akhirat. Insyaallah...

Tahniah kepada semua guru yang yang tidak jemu-jemu mencari formula meningkatkan kecemerlangan murid-murid. Allah pasti memberi balasan yang setimpal dengan segala usaha ikhlas ini. Amin...

Friday, May 8, 2009

Taklimat Zakat



Atas inisiatif pihak sekolah dan Pejabat Agama Islam Slim River, satu taklimat berkenaan zakat telah dijalankan di sekolah. Pembentangan dibuat oleh Ust Nursyukri, merupakan pegawai zakat yang bertugas di Pejabat Agama Islam Slim River.

Alhamdulillah, banyak info terkini diperolehi.


Ust Nur Syukri sedang menyampaikan taklimat

Majlis Penutup Minggu Matematik

Minggu Matematik yang bermula 4 Mei 2009 berakhir hari ini. Majlis Perasmian penutup disempurnakan oleh Guru Besar SKAB, Tn Hj Arshad bin Mohamad.










Wednesday, May 6, 2009

Minggu Matematik & Bahasa Melayu


Pemenang sedang menerima hadiah


Peserta Syair tidak sabar untuk membuat persembahan


Barisan Jurulatih sedang menilai tahap latihan mereka


Seorang peserta syair sedang membuat persembahan


Murid tekun mendengar soalan kuiz matematik

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP