Monday, May 18, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Sambutan tahun ini agak istimewa bagi kami warga SKAB. Kami guru-guru dan semua staf serta murid-murid memulakan acara sambutan dengan bacaan Yaasin secara berjamaah. Bacaan Yaasin ini dipimpin oleh A.F. Ustaz Zulkarnain bin Yusop.

Selesai membaca Yaasin, acara diteruskan dengan ucapan ketua murid, ucapan Guru Besar, membaca perutusan, dan Ikrar Guru-guru. Selepas itu, semua guru menyanyikan lagu Guru Malaysia dan Lagu Tema Hari Guru tahun ini iaitu 'Guru pembina Negara Bangsa'.

Majlis diteruskan dengan persembahan sajak dan syair daripada murid-murid. Paling istimewa, persembahan sajak oleh wakil guru, Cikgu Shamsudin dengan sajaknya 'GURU'. Terima kasih Cikgu Din kerana mendeklamasikan sajak dengan penuh semangat dan gaya sasterawan.

Majlis berakhir acara sukaneka guru-guru. Acara yang sungguh menarik dan mencabar ialah 'Bowling Padang'. Ramai peserta berjaya menunjukkan bakat yang terpendam. Selepas itu, disusuli pula dengan acara membaling telur. Alhamdulillah, semua telur dapat diselamatkan daripada pecah.

Semoga sambutan ini memberi makna yang mendalam demi ukhuwah guru-guru dan semua warga SKAB. Semoga Allah memandangnya dengan RAHMAT dan KASIH SAYANG-NYA. Amin..

Selamat Hari Guru.
TERUSKAN PERJUANGAN..

0 comments:

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP