Monday, November 22, 2010

Selamat Bercuti...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, October 20, 2010

Mabruk..

Tahniah diucapkan kepada dua orang warga SKAB ...


1. Al Fadhil Ustaz Zulkarnain bin Yusop
- Dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Kini beliau ditugaskan di SK Trolak Utara. Semoga terus sukses.


2. Pn Che Rosnah bt Zainol
- Telah berangkat menunaikan Fardhu Haji pada 18 Oktober 2010. Mudah-mudahan dikurniakan haji yang Mabrur.

Tuesday, October 19, 2010

Rumah Kuning Juara Sukan Tahunan 2010

Tarikh : 14 Oktober 2010 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Padang MDTM, Slim River




Perkhemahan Ibadah 2010


Tarikh: 7 & 8 Oktober 2010

Aturcara Program:

7 Oktober 2010

5.00 ptg - Pendaftaran
5.40 ptg - Taklimat
6.30 ptg - Makan malam
7.10 mlm - Solat Maghrib
7.30 mlm - Kuliah Maghrib
8.20 mlm - Solat Isyak
9.00 mlm - Kuliah 1
10.40 mlm - Minum malam
11.00 mlm - Rehat dan tidur

8 Oktober 2010

4.00 pg - Qiamulail
5.45 pg - Solat Subuh
6.15 pg - Bacaan Al Quran
7.00 pg - Riadah
7.30 pg - Sarapan
8.00 pg - Kuliah 2
9.00 pg - Kuliah 3
10.00 pg - Minum pagi
10.30 pg - Kuliah 4
11.30 pg - kuliah 5
12.30 t.hari - Makan, Solat
2.00 ptg - Perasmian penutup
2.30 ptg - Bersurai

Sunday, October 3, 2010

Sambutan Aidil Fitri Peringkat Sekolah 2010

Sambutan telah diadakan pada 1 Oktober 2010 bersamaan 22 Syawal 1431 H. Majlis sambutan bermula pada jam 10.00 pagi dengan penglibatan semua murid lengkap dengan pakaian raya masing-masing serta seluruh warga SKAB.

Sambutan dimulai dengan bacaan doa oleh AF Ustaz Zulkarnain Yusop dan diikuti ucapan ringkas oleh Guru Besar,Tn Hj Arshad Muhamad.



Tuesday, September 21, 2010

UPSR 2010

Selamat Menduduki UPSR 2010 kepada semua calon UPSR 2010 terutamanya calon UPSR SK Aminuddin Baki.

Doa kejayaan mengiringi kalian.

Teruskan perjuangan..

Monday, September 6, 2010

Majlis Khatam Al Quran 1431H/ 2010

Tarikh : 3 September 2010 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi





Friday, September 3, 2010

Muat Turun Risalah Ramadhan 2010

Alhamdulillah, sepanjang Ihya Ramadhan 2010 ini, pihak Panitia berjaya mengeluarkan 2 siri risalah untuk dikongsikan bersama semua warga SKAB.

Kepada pengunjung blog ini, boleh muat turun risalah berikut:

Risalah Ihya Ramadhan Siri 1

Risalah Ihya Ramadhan Siri 2

Thursday, September 2, 2010

Ihya' Ramadhan 1431H


Sepanjang Ramadhan 1431H, pihak panitia telah menjalankan beberapa aktiviti bagi mengisi Sambutan Ihya' Ramadhan yang saban tahun dijalankan sempena bulan ramadhan.

Alhamdulillah, dengan kerjasama yang mantap dari semua guru Pendidikan Islam dan dibantu pula oleh semua warga SKAB, maka aktiviti-aktiviti berikut dapat dijalankan dengan jayanya. Senarai aktiviti tersebut seperti berikut:

1. Tazkirah Pagi
2. Tadarus Al Quran
3. Pertandingan Sempena Nuzulul Quran
4. Edaran Risalah Tazkirah Ramadhan
5. Majlis Khatam Al Quran

Insyaallah, aktiviti Khatam Al Quran yang disertai oleh seramai 84 orang murid akan dijalankan pada hari Jumaat, jam 9.00 pagi, bertempat di Dewan Perdana. Semoga Allah SWT memberi kemudahan dan keberkatan serta memudahkan majlis yang akan dijalankankan nanti..

Wednesday, August 11, 2010

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan 1431 H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, August 9, 2010

Majlis Bacaan Yaasin dan Motivasi Bapa Tahun 6 Bersama Guru dan PIBG

Hari : Jumaat
Masa : 7.30 malam - 10.00 malam
Tempat : Surau SK Aminuddin Baki
Penceramah : Ust Ismail Hashim (Kaunselor SMKA)
Kehadiran : 80 orang








Wednesday, August 4, 2010

Sekitar Perkhemahan Perdana 2010




Bacaan Yasin

Friday, July 30, 2010

Perkhemahan Perdana Unit Uniform 2010

Perkhemahan tersebut akan dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh:
31 Julai - 01 Ogos 2010

Hari:
Sabtu dan Ahad

Tempat:
Padang SK Aminuddin Baki

Penyertaan:
100 orang mewakili setiap unit uniform

Monday, July 26, 2010

Malam Nisfu Sya'ban dan Puasa Sya'ban


Berikut dinukilkan beberapa hadis untuk renungan dan amalan kita bersama.. Insyaallah.

1.
Daripada Makhul daripada Malik bin Yakhamir daripada Muaz bin Jabal daripada Nabi S.A.W telah bersabda: Sesungguhnya Allah ta’ala memerhati makhlukNya pada malam nisfu (pertengahan) daripada Sya’ban maka Dia akan mengampuni semua makhlukNya melainkan orang yang syirik atau orang yang bermusuhan.
( Hadis ini isnadnya Hasan dan dikeluarkan oleh Ibn Habban, Al-Baihaqi dan At-Thobarani )


2. Abdullah bin Maslamah menyampaikaan kepada aku dari Malik, dari Ibnu Syihab, dari Abi Salamah dan ayahku Abdullah Al-Agharry, dari Abu Hurairah ra sesungguhnya Rasulullah saw bersabda (bermaksud) “Tuhanku tabaaraka wa taala turun ke langit dunia setiap malam bila tinggal 1/3 akhir malam dan berfirman: Mana orang yang berdoa kepada aku, untuk Aku memperkenankan doanya ? Mana orang yang meminta kepada Aku, untuk Aku berikan kepadanya ? Mana orang yang memohon keampunan Ku, untuk Aku mengampuninya ? (Hadis Sahih No. 1145 riwayat Imam Al-Bukhari).

3. Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah ra. berkata (bahawa) kekasihku (Nabi saw) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara (iaitu) puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”. (Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari).

4. Abdullah b Yusuf menyampaikan kepada kami, dari Malik, dari Abi An-Nadr, dari Abi Salamah, dari Aisyah ra. dia berkata (bermaksud), “Adalah Rasulullah saw berpuasa sehingga kami mengatakan dia tidak berbuka. Dia saw berbuka sehingga kami mengatakan dia tidak berpuasa. Aku tidak pernah melihat Nabi saw berpuasa penuh satu bulan melainkan (dalam bulan) Ramadan. Aku tidak pernah melihat dia saw berpuasa lebih banyak selain dari bulan Syaaban” (Hadis Sahih No. 1969 riwayat Imam Al-Bukhari).


Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari di atas, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban ie. 14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah didalamnya hari pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban). Di dalam hadis Sahih Al-Bukhari diatas juga tidak disebut secara khusus berqiamullail malam Nisfu Syaaban, tetapi disebut berqiamullail disetiap malam, dan yang mana ini termasuklah malam pertengahan Syaaban (nisfu Syaaban).


Walau bagaimanapun, apa yang terbaik kepada kita sebagai jalan untuk bertaqarrub kepada Allah ialah dengan membanyakkan amalan sunat seperti berpuasa sunat, qiamulail dan ibadah-ibadah lain, tidak kira sama ada di malam nisfu sya'ban atau tidak. Sebaiknya, umat Islam dituntut beristiqamah dalam beramal walaupun sedikit lebih baik daripada melakukan ibadah secara bersungguh-sungguh pada waktu-waktu tertentu sahaja. Walllahua'lam.

Sumber: ibnuibrahim.blogspot.com

Perjumpaan Guru Tahun 6 dan Ibubapa (2010)

Monday, July 19, 2010

Ceramah Israk Mikraj 1431 H




Sambutan Israk dan Mikraj telah dijalankan selama seminggu. Sebagai penutup acara sambutan, maka diadakan ceramah Israk dan Mikraj yang dijalankan di Dataran kejat. Acara ini dijalankan pada hari Jumaat 16 Julai 2010. Semua murid dan guru berkumpul di sini seawal jam 7.30 pagi.

Ceramah pada tahun ini disampaikan oleh AF Ustaz Mohd Hamidi bin Haris, guru jQaf SKAB. Beliau telah menyampaikan ceramahnya kira-kira 40 minit dengan disertai soalan kuiz.

Berikut adalah beberapa rakaman foto yang dapat menggambarkan suasana pada hari tersebut.


Ust Hamidi sedang memukau pendengar ceramahnya

Ha ha..siap dapat hadiah lagi..

Wajah riang bersama hadiah yang dimenangi

Tuesday, July 13, 2010

Tazkirah dan Kuiz Sempena Israk Mikraj

Sempena minggu Israk dan Mikraj, Panitia Pendidikan Islam mengadakan tazkirah setiap pagi. Tazkirah dijalankan di Dataran Kejat melibatkan semua murid.

Setiap pagi, tazkirah akan dibacakan oleh murid yang ditugaskan. Bagi memantapkan lagi tahap keperihatinan murid, maka dijalankan kuiz sebaik sahaja selesai tazkirah. Murid yang dapat menjawab dengan betul akan menerima hadiah.

Selain daripada tazkirah dan kuiz ini, aktiviti-aktiviti lain juga dijalankan. Pelaksanaan acara Tulisan jawi, mewarna, azan dan iqamah, hafazan ayat-ayat lazim serta khat jawi diadakan di dalam kelas sewaktu p&p Pendidikan Islam.

Harapan daripada Panitia Pendidikan Islam, murid-murid didedahkan dengan peristiwa-peristiwa penting dalam Sirah Nabawiyyah dan mudah-mudahan menambahkan ilmu, keimanan dan ketakwaan semua warga SKAB. Insyaallah.

Monday, July 12, 2010

Tahniah..Penerima APC 2009

Panitia Pendidikan Islam mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penama berikut kerana telah dianugerahkan APC bagi tahun 2009. Semoga terus cemerlang..

1. Pn Shamsiah bt Ismail

2. Pn Hjh Kalsom
3. Pn sabina bt Benjamin

Saturday, July 10, 2010

Peristiwa di Bulan Rejab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, July 8, 2010

Menelusuri Falsafah Israk dan Mikraj

Mafhum Firman ALLAH S. W. T. :

“Maha Suci ALLAH yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah Al-Israa’: Ayat 1).

PERISTIWA Israk dan Mikraj (perjalanan Rasulullah s.a.w. dari Masjidilharam menuju Masjidilaqsa, kemudian mikraj ke Sidratul Muntaha) yang diabadikan di dalam al-Quran merupakan satu proses pengukuhan dan penyucian spiritual Rasulullah pada masa lalu, sekali gus menjadi ‘peristiwa agung’ yang mengandungi makna yang besar untuk dihayati oleh umat baginda pada masa kini.

Meskipun terdapat jurang perbezaan pendapat yang agak luas mengenai sejarah peristiwa Israk dan Mikraj, terutama yang berkaitan dengan ketepatan hari dan bulan serta tahun terjadinya peristiwa agung itu, namun dunia Islam keseluruhannya memperingati tarikh 26 Rejab (malam 27 Rejab) setiap tahun sebagai tarikh penuh bermakna.

Realiti sejarah membuktikan bahawa tiada seorang pun daripada kalangan orang-orang musyrik dan kafir yang percaya akan kejadian Israk dan Mikraj ini. Para ulama merumuskan bahawa sebab dan hikmah daripada Israk dan Mikraj adalah untuk menghibur diri Rasulullah yang ketika itu dilanda kesedihan kerana kematian bapa saudara yang tersayang, Abu Talib serta isteri kesayangan baginda, Khadijah, juga di samping penentangan masyarakat Taif terhadap usaha dakwah baginda yang hampir-hampir meragut nyawa baginda.

Al-Ghazali menjelaskan bahawa kita semua telah memahami bahawa hasil daripada Israk dan Mikraj telah memperlihatkan sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah yang teragung, meskipun hal itu terjadi dua belas tahun setelah pengangkatan (penobatan) Muhammad bin Abdullah sebagai Nabi dan Rasulullah s.a.w.

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan suatu ‘perjalanan agung’ yang mengandungi makna tersirat yang perlu digali dan dihayati bagi menumbuhkan rasa takwa dan keimanan terhadap Allah menerusi sebahagian tanda-tanda kebesaran-Nya yang telah diperlihatkan kepada Junjungan Besar Muhammad. Oleh hal yang demikian itu, sebarang percanggahan pendapat mengenai peristiwa tersebut harus dilihat dari sudut keimanan dan ketakwaan, bukan terus-menerus memperdebatkannya dengan menggunakan logik akal semata-mata kerana ilmu manusia tidak akan dapat menyaingi ilmu Allah. Dia Maha Agung dan Maha Mengetahui akan setiap apa yang dicipta dan dikehendaki-Nya. Wallahua'lam.

Sambutan Israk dan Mikraj 2010

Monday, July 5, 2010

Hari Interaksi 2010

Tuesday, June 29, 2010

Majlis Perpisahan...


Majlis perpisahan secara sederhana telah diadakan bagi meraikan pertukaran guru SKAB pad 25 Jun yang lalu. Majlis diadakan di Bilik Gerakan dengan dengan dipengerusikan oleh Pengerusi kelab guru dan kakitangan, Sdr Amran.

Yang diraikan Pn Hamidah bt Ismail (Guru jQaf) telah bertukar ke SK Chikus, Teluk Intan dan Pn Rosma (Guru B.Melayu) bertukar ke SK Tg Malim.

Majlis bermula dengan ucapan Pn Rosma, diikuti dengan ucapan Pn Hamidah serta Pn Che Rosnah, Pn Shamsiah dan Pn Hjh Haslina selaku PK menggantikan Guru besar yang tidak dapat bersama.

Bersempena dengan pertukaran dua orang guru ini juga, SKAB menerima dua orang pengganti iaitu En Mohd Norfirdaus (Pendidikan Khas) dan Ust Hamidi (jQaf).

Semoga Pn Hamidah dan Pn Rosma terus berjaya dalam kerjaya dan kehidupan serta sentiasa dinaungi Rahmat Allah SWT. Buat guru baru, ahlan wa sahlan. Selamat menjadi warga SKAB.

Wednesday, June 2, 2010

Kem Bestari Solat Tahun 4 & 5


Tarikh : 31 Mei 2010
Masa : 1.30 - 5.00 petang
Peserta : Murid tahun 4

Pengisian

1. Kedudukan Imam dan Makmum
2. Masbuk dan muafik
3. Azan dan Iqamah


Tarikh : 1 Jun 2010
Masa : 1.30 - 5.00 petang
Peserta : Murid tahun 5

Pengisian

1. Solat Berjamaah
2. Solat Jumaat
3. Perbezaan Solat Jamaah dan Persendirian

Fasilitator
Pn Hamidah bt Ismail
Pn Rozila bt Abd Rahman
Pn Rosada bt Shafee
En Abdul Gani bin Ibrahim
En Che Mohsin bin Che Ibrahim

Dibantu oleh
En Zulkarnain bin Yusop
Pn Hjh Mariam bt Ahmad
Pn Azlina bt Wan Suhari



Wednesday, May 26, 2010

Kem Bestari Solat

Tuesday, May 25, 2010

PKSR 1 - 2010

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP