Sunday, February 20, 2011

Serahan Tugas...

Saya dengan penuh rasa rendah diri dengan ini menyerahkan tugas mengendalikan blog Panitia Pendidikan Islam ini kepada sahabat dari kalangan AJK Panitia. Pertukaran ini bertujuan memantapkan lagi pengurusan dan pentadbiran Panitia pendidikan Islam SK Aminuddin Baki.

Insyaallah, saya akan terus mengaktifkan blog Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) di alamat http://pibgskab.blogspot.com

Marilah bersama kita berdoa semoga blog ini akan lebih mantap dan dapat memuatkan info-info yang bermanfaat untuk tatapan semua terutamanya kalangan guru-guru Pendidikan Islam.

Teruskan Perjuangan...

Monday, November 22, 2010

Selamat Bercuti...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, October 20, 2010

Mabruk..

Tahniah diucapkan kepada dua orang warga SKAB ...


1. Al Fadhil Ustaz Zulkarnain bin Yusop
- Dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran. Kini beliau ditugaskan di SK Trolak Utara. Semoga terus sukses.


2. Pn Che Rosnah bt Zainol
- Telah berangkat menunaikan Fardhu Haji pada 18 Oktober 2010. Mudah-mudahan dikurniakan haji yang Mabrur.

Tuesday, October 19, 2010

Rumah Kuning Juara Sukan Tahunan 2010

Tarikh : 14 Oktober 2010 (Khamis)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Padang MDTM, Slim River




Perkhemahan Ibadah 2010


Tarikh: 7 & 8 Oktober 2010

Aturcara Program:

7 Oktober 2010

5.00 ptg - Pendaftaran
5.40 ptg - Taklimat
6.30 ptg - Makan malam
7.10 mlm - Solat Maghrib
7.30 mlm - Kuliah Maghrib
8.20 mlm - Solat Isyak
9.00 mlm - Kuliah 1
10.40 mlm - Minum malam
11.00 mlm - Rehat dan tidur

8 Oktober 2010

4.00 pg - Qiamulail
5.45 pg - Solat Subuh
6.15 pg - Bacaan Al Quran
7.00 pg - Riadah
7.30 pg - Sarapan
8.00 pg - Kuliah 2
9.00 pg - Kuliah 3
10.00 pg - Minum pagi
10.30 pg - Kuliah 4
11.30 pg - kuliah 5
12.30 t.hari - Makan, Solat
2.00 ptg - Perasmian penutup
2.30 ptg - Bersurai

Sunday, October 3, 2010

Sambutan Aidil Fitri Peringkat Sekolah 2010

Sambutan telah diadakan pada 1 Oktober 2010 bersamaan 22 Syawal 1431 H. Majlis sambutan bermula pada jam 10.00 pagi dengan penglibatan semua murid lengkap dengan pakaian raya masing-masing serta seluruh warga SKAB.

Sambutan dimulai dengan bacaan doa oleh AF Ustaz Zulkarnain Yusop dan diikuti ucapan ringkas oleh Guru Besar,Tn Hj Arshad Muhamad.