Tuesday, November 24, 2009

Selamat Bercuti

Selamat bercuti buat semua guru SK Aminuddin Baki. Semoga dapat merehatkan minda setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja akhir sebelum bercuti..

Insyaallah, jumpa lagi di tahun 2010. Jangan lupa datang bertugas.

Monday, November 16, 2009

Takziah Cikgu Tahkim

Sebentar tadi, pihak sekolah dimaklumkan dengan kembalinya ke Rahmatullah, ibu kepada Cikgu Tahkim kira-kira jam 1.00 pagi tadi. Guru besar bersama pengerusi kelab guru dan kakitangan SKAB, Cikgu amran telah mengambil langkah yang perlu.

Sebentar tadi, Tn Hj Arshad dan cikgu Amran bertolak ke rumah Cikgu Tahkim di Batu Gajah.

Semoga ruh ibunya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin..

Suasana Hari Anugerah Cemerlang 2009

















Thursday, November 12, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009 telah berlangsung dengan jayanya sebentar tadi. Alhamdulillah, perjalanan majlis teratur dan kehadiran ibubapa memeriahkan lagi majlis kali ini.

Majlis telah dirasmikan oleh En Rahim menggantikan En Mohd Fariz bin Mohd Hanip yang keuzuran di saat akhir.

Kemeriahan majlis amat dirasai dengan kehadiran YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan turut memberi ucapan selepas ucapan Guru besar, Tn Hj Arshad bin Mohamad.

Tokoh murid disandang oleh adik Afiq bin Kamsari dan adik Nurul Farhanah bt Zaipol Anuar.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis kali ini. Semoga SKAB meneruskan kecemerlangan untuk tahun-tahun mendatang..Insyaallah.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari, lebih awal dari jangkaan iaitu 12.30 tengah hari.

Tuesday, November 10, 2009

Kejohanan Sukan 2009


Kemeriahan Acara..


Anatara jawatankuasa yang menjayakan..

Thursday, November 5, 2009

Sukan Olahraga 2009

Sukan Olahraga 2009 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 7 November 2009
Masa : 8.00 pagi
Perasmi: Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli (TDP PIBG SK Aminuddin Baki)

Semua dijemput hadir.

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP