Thursday, November 12, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009 telah berlangsung dengan jayanya sebentar tadi. Alhamdulillah, perjalanan majlis teratur dan kehadiran ibubapa memeriahkan lagi majlis kali ini.

Majlis telah dirasmikan oleh En Rahim menggantikan En Mohd Fariz bin Mohd Hanip yang keuzuran di saat akhir.

Kemeriahan majlis amat dirasai dengan kehadiran YDP PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli dan turut memberi ucapan selepas ucapan Guru besar, Tn Hj Arshad bin Mohamad.

Tokoh murid disandang oleh adik Afiq bin Kamsari dan adik Nurul Farhanah bt Zaipol Anuar.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis kali ini. Semoga SKAB meneruskan kecemerlangan untuk tahun-tahun mendatang..Insyaallah.

Majlis berakhir pada jam 12.00 tengah hari, lebih awal dari jangkaan iaitu 12.30 tengah hari.

0 comments:

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP