Friday, August 7, 2009

Virus H1N1 Disyaki Di SKAB

Sekitar jam 10.00 pagi, beberapa orang murid telah dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam.

Agak memeranjatkan, terdapat ramai ibubapa murid dari SKAB telahpun berada di Klinik Slim River untuk mendapatkan rawatan anak mereka yang demam. Setelah diperiksa murid berkenaan, ada yang telah mencecah suhu 40.2 darjah celcius.

Bagi memastikan keselamatan sekolah, pihak kesihatan telah turun ke sekolah bagi memeriksa suhu murid-murid dan guru-guru.

Berita terbaru, dua orang guru diberi cuti rehat kerana demam.

Bersama kita berdoa agar kita terhindar daripada ujian yang ditimpakan kepada kita semua. Janji Nabi SAW, setiap penyakit ada ubatnya, tetapi puncanya perlu juga ditangani..


Cikgu Tahkim dan Geng sedang menunggu untuk pemeriksaaan suhu


Semuanya anggun 'bertopeng'


En Mutuhusamy juga turut pakai topeng.

0 comments:

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP