Friday, April 16, 2010

Perjumpaan Guru Pendidikan Islam Zon Tengah Bersama Presiden PERKIM Kebangsaan 2010

Merujuk surat bertarikh 27 Rabiulakhir 1431 bersamaan 12 Mac 2010, majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Utama, Masjid Negeri Wilayah Persekutuan, Jln Duta, K.L.

Buat guru Pendidikan Islam yang terpilih, selamat maju jaya. Wallahua'lam.

Thursday, April 15, 2010

Pasukan Memanah SKAB


Tahniah kepada pasukan memanah SKAB yang berpeluang menyertai pertandingan memanah peringkat negeri Perak yang berlangsung di SMT Teluk Intan.

Pertandingan akan bermula pada hari Jumaat (16 April 2010)

Kontinjen SKAB dijangka bertolak seawal jam 7.00 pagi.

Mereka yang akan mengikuti pertandingan itu ialah:-

1. Muhd Mizal Akif
2. Muhd Faiz
3. Ikmal Syafik
4. Nur Athirah Syafika
5. Ros Azima
6. Nor Diana Asyikin
7. Nasuha

Teruskan berjuang..

Tuesday, April 13, 2010

Majlis Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS

Majlis telah berlangsung pada 12 April 2010.
Tempat : Dewan Perdana SK Aminuddin Baki
Masa : 8.00 pagi
Dirasmikan oleh : Tn Inspektor Shariman bin Shukri, IPD Tanjong Malim







Friday, April 9, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 28

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28, Tahun 2010 telah berjaya disempurnakan pada 3 April yang lalu. Majlis yang diadakan pada hari sabtu itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn Hj Mohd Halim bin Musa sebagai mewakili Tn Pegawai PPD yang tidak dapat hadir.

Tahniah kepada jawatankuasa baru yang terpilih. Mudah-mudaha PIBG dan SKAB terus berdaya saing dan maju dalam memastikan penghasilan produk pendidikan yang berkualiti, jasmani dan rohaninya. Insyaallah.

Maklumat lanjut, boleh layari blog PIBG SK Aminuddin Baki di alamat http://pibgskab.blogspot.com

Monday, March 8, 2010

Gambar Sekitar Sambutan Maulid al rasul 1431H









Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulid Al Rasul 1430H

Majlis Sambutan Maulid al Rasul peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya di Dewan Perdana SK Aminuddin Baki. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn Hj Arshad bin Mohamad, Guru besar SK Aminuddin Baki.

Majlis berlangsung dengan dimulai Bacaan Selawat beramai-ramai yang dipimpin oleh adik Mizal Akif. Setelah itu, dipersembahkan pula bacaan Al Quran secara hafazan oleh adik Nursuhailah.

Acara kemuncak pada tahun ini ialah persembahan pemenang bercerita yang diwakili oleh setiap kelas. Pertandingan bercerita telah dijalankan di dalam kelas dan pemenang dipilih bagi kategori lelaki dan perempuan bermula tempat pertama hingga ketiga.

Selain acara bercerita, acara menulis jawi, tulisan khat, mewarna juga turut dipertandingkan yang melibatkan murid-murid Pra sekolah dan Pendidikan khas.

Semua hadiah disempurnakan oleh Guru besar. Majlis dijangka bersurai pada jam 10.30 pagi.

Sunday, February 28, 2010

Peristiwa Menjelang Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W

Pada malam kelahiran Muhammad SAW tampak berbagai tanda-tanda luar biasa. Diantara kejadian itu adalah:

- Bumi digoncang gempa hingga berhala yang terpancang diatas Ka’bah runtuh bergelimpangan.

- Beberapa buah Gereja dan Biara runtuh

- Istana Kisra di Persia retak dan roboh

- Disusul oleh padamnya api sesembahan kaum majusi di Persia. Dengan padamnya api sesembahan mereka yang tidak pernah terjadi sebelumnya ini mereka cemas dan sedih, semuanya menduga bahwa semua tanda yang mereka saksikan itu pasti menunjukkan peristiwa besar di dunia.

(Sumber: Al Hamid al Husaini, 1992, Riwayat Kehidupan Nabi Besar Muhammad SAW, Yayasan al Hamidiy, Jakarta)

Wednesday, February 24, 2010

Sambutan Maulid Al Rasul 1430H



ACARA PERTANDINGAN


PRA SEKOLAH

Mewarna


PENDIDIKAN KHAS

Mewarna


TAHAP 1 –

Mewarna Tema Maulidur Rasul 1431 H

Tulisan Jawi


TAHAP 2 –

Pertandingan Bercerita

Tulisan Khat


ATURCARA PROGRAM


1 Mac 2010

7.30 pagi : Pelancaran Sambutan Maulid al Rasul 1431


2 – 4 Mac 2010

7.30 pagi : Tazkirah (Sirah Rasulullah)

: Kuiz di lapangan


5 Mac 2010

7.30 pagi : Murid-murid dan guru-guru berkumpul di dewan8.00 pagi : Ucapan pengerusi majlis

: Bacaan doa

8.10 pagi : Selawat beramai-ramai
(Dipimpin oleh al Fadhil Ustaz Zulkarnain bin Yusop)
8.25 pagi : Bacaan ayat suci Al Quran Secara Hafazan

(Adik Nursuhailah bt Ahmad Azam)

8.30 pagi : Ucapan Guru besar

9.00 pagi : Pertandingan bercerita kisah Nabi Muhammad S.A.W

(Wakil kelas tahun 4, 5, dan 6)

9.30 pagi : Bacaan Rawi

(Adik Nur Athira Shafika bt Abdul Aziz )

9.45 pagi : Persembahan Nasyid

(Kumpulan Hidayah)

10.00 pagi : Penyampaian Hadiah

10.25 pagi : Selawat beramai-ramai

10.30 pagi : Bersurai


Monday, January 18, 2010

Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam 2010

Penasihat
Tn Hj Arshad bin Mohamad
Pn Che Rosnah bt Zainol

Ketua Panitia
En Zulkarnain bin Yusop

Setiausaha
Pn Nor Azlina

Ahli Jawatankuasa
En Abdul Gani bin Ibrahim
En Che Mohsin
Pn Hjh Mariam bt Ahmad
Pn Rozila bt Abd Rahman
Pn Rosada bt Shafie
Pn Hamidah bt Ismail

Tuesday, January 12, 2010

Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam 2010 Kali Pertama

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat Panitia Pendidika Islam Kali Pertama akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 14 Januari 2010
Masa : 01.00 Tengah hari
Tempat : Bilik Gerakan

Semua AJK Panitia WAJIB hadir.

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP