Tuesday, March 3, 2009

Selamat Menghadapi Peperiksaan

Semua murid SKAB menjalani satu tanggungjawab rutin sebagai pelajar iaitu menduduki peperiksaan Selaras 1 bermula hari ini sehingga 5 Mac 2009.

Selamat menjawab. Semoga berjaya..

Tuesday, February 24, 2009

Kursus Kepimpinan 2009


Alhamdulillah, Kursus Kepimpinan berjaya dilaksanakan pada Hari Sabtu yang lalu. Semua berjalan lancar. Terima kasih kerana sokongan sahabat-sahabat seperjuangan, terutama Pn Noridah yang banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada guru-guru yang baru setahun jagung ni.. Moga terus dirahmati Allah SWT.

Kursus dijayakan oleh pembentang pertama iaitu En Shamsuddin, diikuti oleh En Tahkim dan akhirnya oleh En Nahar (Jemputan). Majlis berakhir pada pukul 1.15 petang. Semua murid dan guru-guru menikmati hidangan tengah hari dan sebelum bersurai, semua murid Solat Zohor berjamaah.

Tidak dilupakan juga kepada guru-guru praktikum UPSI yang banyak membantu. Jazakallahu khairan kathira.. Insyaallah, beberapa gambar disertakan sebagai kenang-kenangan.













Wednesday, February 18, 2009

Bacaan Yaasin Setiap Pagi

Salah satu usaha memastikan kecemerlangan murid-murid SK Aminuddin Baki terutamanya murid-murid yang akan mengambil UPSR tahun ini ialah dengan mengadakan majlis Bacaan Yaasin setiap pagi. Majlis akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 7.45 pagi.


Secara dwi mingguan pula, pihak Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Solat Hajat secara berjamaah. Diharapkan murid-murid ini akan terasuh dengan cara hidup Islam. Insyaallah. Mudah-mudahan Allah memandang dengan Rahmatnya terhadap usaha yang sedikit ini.


Tuesday, February 10, 2009

Bahaya Makan Berlebihan

MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.
Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

Menimbulkan banyak penyakit.

Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”

Tuesday, January 20, 2009

Mesyuarat Panitia Kali Pertama

Satu mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Pertama akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari: Rabu
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan SKAB

Semua guru Pendidikan Islam Diwajibkan hadir.

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6

Satu perjumpaan ibubapa murid tahun 6 2009 bersama guru-guru dan pentadbir sekolah akan diadakan pada hari ini, jam 3.00 petang. Seramai 62 orang murid terlibat dalam program tersebut. Perjumpaan ini diadakan di PKG Slim River.

Menurut guru tahun 6, Perjumpaan ini penting bagi menerangkan kepada ibubapa tentang kesungguhan pihak sekolah berusaha memantapkan pencapaian anak-anak mereka terutama dalam UPSR yang akan diduduki oleh murid-murid pada tahun ini.

Harapan pihak sekolah, agar ibubapa dapat hadir bagi menjayakan majlis ini. Sehingga sekarang, persiapan sedang giat dijalankan.

Saturday, October 18, 2008

Khemah Ibadah 2008

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu Khemah Ibadah yang melibatkan seramai 72 orang murid Tahun 6 sekolah ini bagi mencapai hasrat mewujudkan insan yang bertaqwa dan beramal soleh serta istiqamah ke arah melahirkan generasi Al Quran.

Peserta terdiri daripada 35 murid lelaki dan selebihnya murid perempuan. Kebanyakan murid-murid yang mengikuti program ini begitu teruja dan bersyukur kerana dapat menyertai program ini. Walaupun UPSR dah berlalu, ternyata mereka ini tetap bersemangat mengikuti setiap bengkel yang diadakan.

Majlis ini berakhir pada hari Sabtu, 18 oktober 2008 yang disempurnakan perasmian penutupannya oleh Guru Besar, Tn Hj Arshad bin Mohamad.

Semoga mereka yang terlibat menjayakan program ini diberi ganjaran yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT dan buat anak-anak yang menyertai khemah ibadah ini, semoga kalian dewasa dengan Aqidah dan Cara hidup Islam yang syumul. Aminn..

Tuesday, September 23, 2008

Majlis Tautan Kasih 2008

Program Ihyak Ramadhan bagi tahun 1429 Hijrah/ 2008 Masihi melabuhkan tirainya dengan Majlis Tautan Kasih yang akan di adakan pada 26 September 2008. Majlis dijangka bermula seawal jam 8.00 pagi.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Majlis Khatam Al Quran, Persembahan Nasyid, Penyampaian Hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Majlis Nuzulul Quran, Saguhati kepada anak-anak yatim dan akan diakhiri dengan ucapan hari raya oleh semua guru-guru dan warga SKAB.

Insyaallah, gambar-gambar sepanjang aktiviti akan di uploadkan kemudian..

Wednesday, September 3, 2008

Jom Tingkatkan Amal di Bulan Mulia


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat UPSR 2008

Panitia Islam telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sebagai persiapan terakhir menghadapi UPSR yang akan bermula pada 9 September 2008. Majlis ini dijalankan selama 3 hari bermula 3 September hingga 5 September 2008.


Maklumat lanjut boleh dimuat turun melalui url di bawah

http://www.savefile.com/files/1765389

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP