Tuesday, January 20, 2009

Mesyuarat Panitia Kali Pertama

Satu mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Kali Pertama akan diadakan pada ketetapan berikut:

Hari: Rabu
Masa: 3.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan SKAB

Semua guru Pendidikan Islam Diwajibkan hadir.

Perjumpaan Ibubapa Tahun 6

Satu perjumpaan ibubapa murid tahun 6 2009 bersama guru-guru dan pentadbir sekolah akan diadakan pada hari ini, jam 3.00 petang. Seramai 62 orang murid terlibat dalam program tersebut. Perjumpaan ini diadakan di PKG Slim River.

Menurut guru tahun 6, Perjumpaan ini penting bagi menerangkan kepada ibubapa tentang kesungguhan pihak sekolah berusaha memantapkan pencapaian anak-anak mereka terutama dalam UPSR yang akan diduduki oleh murid-murid pada tahun ini.

Harapan pihak sekolah, agar ibubapa dapat hadir bagi menjayakan majlis ini. Sehingga sekarang, persiapan sedang giat dijalankan.

Saturday, October 18, 2008

Khemah Ibadah 2008

Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan satu Khemah Ibadah yang melibatkan seramai 72 orang murid Tahun 6 sekolah ini bagi mencapai hasrat mewujudkan insan yang bertaqwa dan beramal soleh serta istiqamah ke arah melahirkan generasi Al Quran.

Peserta terdiri daripada 35 murid lelaki dan selebihnya murid perempuan. Kebanyakan murid-murid yang mengikuti program ini begitu teruja dan bersyukur kerana dapat menyertai program ini. Walaupun UPSR dah berlalu, ternyata mereka ini tetap bersemangat mengikuti setiap bengkel yang diadakan.

Majlis ini berakhir pada hari Sabtu, 18 oktober 2008 yang disempurnakan perasmian penutupannya oleh Guru Besar, Tn Hj Arshad bin Mohamad.

Semoga mereka yang terlibat menjayakan program ini diberi ganjaran yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT dan buat anak-anak yang menyertai khemah ibadah ini, semoga kalian dewasa dengan Aqidah dan Cara hidup Islam yang syumul. Aminn..

Tuesday, September 23, 2008

Majlis Tautan Kasih 2008

Program Ihyak Ramadhan bagi tahun 1429 Hijrah/ 2008 Masihi melabuhkan tirainya dengan Majlis Tautan Kasih yang akan di adakan pada 26 September 2008. Majlis dijangka bermula seawal jam 8.00 pagi.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Majlis Khatam Al Quran, Persembahan Nasyid, Penyampaian Hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Majlis Nuzulul Quran, Saguhati kepada anak-anak yatim dan akan diakhiri dengan ucapan hari raya oleh semua guru-guru dan warga SKAB.

Insyaallah, gambar-gambar sepanjang aktiviti akan di uploadkan kemudian..

Wednesday, September 3, 2008

Jom Tingkatkan Amal di Bulan Mulia


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Bacaan Yaasin dan Solat Hajat UPSR 2008

Panitia Islam telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat sebagai persiapan terakhir menghadapi UPSR yang akan bermula pada 9 September 2008. Majlis ini dijalankan selama 3 hari bermula 3 September hingga 5 September 2008.


Maklumat lanjut boleh dimuat turun melalui url di bawah

http://www.savefile.com/files/1765389

Friday, August 15, 2008

Larian Merdeka 2008

Gambar-gambar sekitar Program Larian Merdeka Peringkat sekolah yang diadakan pada 14 Ogos 2008, Jam 3.30 petang.
































Buat semua warga SKAB dan Warga Pendidik Sekalian, SELAMAT BERCUTI..

Tuesday, August 12, 2008

Kem Bestari Solat 2008

Kem Bestari Solat ke 4 telah berjaya dianjurkan. Tahniah kepada guru-guru Pendidikan Islam dan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini.

















Pertandingan Bola Sepak Antara Kelas

Kelab Bola Sepak Sekolah telah menganjurkan pertandingan bola sepak 7 sebelah melibatkan murid-murid tahun 3,4,5 dan 6. Penyertaan di kalangan murid-murid amat menggalakkan. Walaupun hari hujan, para pemain dan pengadil tetap tidak berganjak.


Cikgu Saiful sedang memberi arahan kepada pasukan-pasukan


Cikgu Tahkim dan Ust Ariffin sibuk menyemak nama-nama murid


Barisan pemain


Melangkah penuh gaya..


Tidak ketinggalan, sdr Azman pun turun padang

Monday, August 4, 2008

Kursus Pembestarian Sekolah LADAP

oleh: ibnuibrahim

Pada 2 ogos 2008, bermula jam 8.00 pagi, semua guru-guru SKAB berkumpul di PKG Slim River untuk mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan yang bertajuk Pembestarian Sekolah. Antara Fasilitator yang membantu pada hari tersebut ialah Cikgu Intan, Cikgu Saiful dan Cikgu Suraya. Terima kasih yang tidak terhingga kerana menjayakan kursus ini. Tidak lupa juga kepada Cikgu Noraza dan semua sahabat guru yang banyak membantu. Semoga Allah membalasi setiap budi baik yang saudara dan saudari lakukan. Terima kasih daun keladi, lain kali tolong lagi...






LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP