Friday, March 5, 2010

Sambutan Maulid Al Rasul 1430H

Majlis Sambutan Maulid al Rasul peringkat sekolah telah diadakan dengan jayanya di Dewan Perdana SK Aminuddin Baki. Majlis yang bermula jam 8.00 pagi ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn Hj Arshad bin Mohamad, Guru besar SK Aminuddin Baki.

Majlis berlangsung dengan dimulai Bacaan Selawat beramai-ramai yang dipimpin oleh adik Mizal Akif. Setelah itu, dipersembahkan pula bacaan Al Quran secara hafazan oleh adik Nursuhailah.

Acara kemuncak pada tahun ini ialah persembahan pemenang bercerita yang diwakili oleh setiap kelas. Pertandingan bercerita telah dijalankan di dalam kelas dan pemenang dipilih bagi kategori lelaki dan perempuan bermula tempat pertama hingga ketiga.

Selain acara bercerita, acara menulis jawi, tulisan khat, mewarna juga turut dipertandingkan yang melibatkan murid-murid Pra sekolah dan Pendidikan khas.

Semua hadiah disempurnakan oleh Guru besar. Majlis dijangka bersurai pada jam 10.30 pagi.

2 comments:

GPI said...

Seronoknya...
kami di SKSV lain sikit...
PnP seperti biasa...
Kekangan utk guru lain...
hanya tenaga warga GPI shj..

Admin said...

Alhamdulillah, setakat ni kerjasama semua pihak memuaskan. Siap ade sponsor makan guru dan murid. Syukur teramat sangat..

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP