Monday, March 23, 2009

Sambutan Maulidur Rasul 1430H

Bermula jam 7.30 pagi, semua kontinjen bersedia di Dataran Kejat SKAB untuk berarak sempena sambutan Maulidur Rasul 1430 H. Sambutan yang dibuat pada tahun ini agak meriah kerana terdapatnya pertandingan sepanduk antara kelas-kelas. Pelbagai gaya dan bentu penulisan sepanduk dapat dilihtat.

Perarakan bermula tepat jam 8.00 pagi. Perbarisan disusun oleh En Tahkim dengan bantuan rakan-rakannya.

Tidak ketinggalan murid-murid Pra sekolah dan Pendidikan Khas turut berarak bersama. Lalulintas telah dikawal oleh pasukan trafik Slim River. Terima kasih pihak polis.

Setelah selesai berarak sambil berselawat, semua peserta terus ke Dewan Perdana untuk mendengar Ceramah yang disampaikan Oleh Al Fadhil Ust Nursyukri, dari Pejabat Agama Islam, Slim River.

Acara selingan turut dimuatkan seperti Nasyid, berzanji, Bacaan Al Quran dan berselawat oleh anak-anak SKAB.

Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk dan pertandingan mewarna.

0 comments:

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP