Tuesday, March 31, 2009
Friday, March 27, 2009
Monday, March 23, 2009
Sambutan Maulidur Rasul 1430H
Bermula jam 7.30 pagi, semua kontinjen bersedia di Dataran Kejat SKAB untuk berarak sempena sambutan Maulidur Rasul 1430 H. Sambutan yang dibuat pada tahun ini agak meriah kerana terdapatnya pertandingan sepanduk antara kelas-kelas. Pelbagai gaya dan bentu penulisan sepanduk dapat dilihtat.
Perarakan bermula tepat jam 8.00 pagi. Perbarisan disusun oleh En Tahkim dengan bantuan rakan-rakannya.
Tidak ketinggalan murid-murid Pra sekolah dan Pendidikan Khas turut berarak bersama. Lalulintas telah dikawal oleh pasukan trafik Slim River. Terima kasih pihak polis.
Setelah selesai berarak sambil berselawat, semua peserta terus ke Dewan Perdana untuk mendengar Ceramah yang disampaikan Oleh Al Fadhil Ust Nursyukri, dari Pejabat Agama Islam, Slim River.
Acara selingan turut dimuatkan seperti Nasyid, berzanji, Bacaan Al Quran dan berselawat oleh anak-anak SKAB.
Acara berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sepanduk dan pertandingan mewarna.

Labels:
Aktiviti Panitia
Tuesday, March 3, 2009
Tahniah Kepada Pemenang MTQ
Telah berlangsung pertandingan Majlis Tadarus Al Quran dan Mahrajan Kesenian Islam peringkat kelompok 5 di SK Slim Village, petang semalam. SK Aminuddin Baki telah menjadi Johan dalam acara Bercerita (Perempuan) dan hafazan (perempuan). Bagi acara Rawi dan Nasyid pula memperolehi tempat kedua. Yang lain-lain tua dapat tempat ketiga dan saguhati.
Semoga murid-murid SKAB terus cemerlang dan gemilang di dunia dan di Akhirat..

Semoga murid-murid SKAB terus cemerlang dan gemilang di dunia dan di Akhirat..

Labels:
Pertandingan
Selamat Menghadapi Peperiksaan
Semua murid SKAB menjalani satu tanggungjawab rutin sebagai pelajar iaitu menduduki peperiksaan Selaras 1 bermula hari ini sehingga 5 Mac 2009.
Selamat menjawab. Semoga berjaya..
Selamat menjawab. Semoga berjaya..
Labels:
Makluman