Thursday, July 31, 2008

Minggu Israk dan Mikraj

Panitia Pendidikan Islam sedang menganjurkan satu aktiviti sebagai memperingati peristiwa besar yang pernah berlaku dalam sirah Rasulullah SAW, iaitu peristiwa Israk dan Mikraj.

Tentatif program adalah seperti berikut:

Isnin (28 Julai 2008) sehingga Khamis (31 Julai 2008)
- Setiap pagi, murid-murid yang terpilih membaca Tazkirah mengenai Israk dan Mikraj.
- Pertandingan menulis jawi tentang Israk dan Mikraj mengikut tahap.

1 Ogos 2008
- Kuiz tentang Israk dan Mikraj
- Penyampaian Hadiah

Semoga majlis yang sederhana ini dapat meningkatkan ilmu murid-murid tentang pentingnya mengetahui peristiwa Israk dan Mikraj, dan seterusnya dapat menghayati pengajaran-pengajaran yang terdapat melalui peristiwa tersebut. Wallahu a'lam.

0 comments:

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP