Wednesday, May 5, 2010

Balas Jasa Dengan Kejayaan Cemerlang

Pengharapan ibubapa kepada setiap anak-anaknya adalah melihat anaknya berjaya sama ada di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Ibu dan bapa bersusah payah membesarkan dan mendidik anaknya agar menjadi manusia yang berguna. Maka wajarlah anak membalas jasa ibubapa dengan kejayaan bukan sekadar UPSR, bahkan lebih dari itu, berjaya menjadi insan yang Soleh dan Solehah dan menjadi manusia berguna di dunia dan dimasukkan ke Syurga di akhirat nanti..Insyaallah.

Demikianlah antara intipati tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Rozila dalam kuliah Maghrib sempena Program Motivasi dan Teknik Menjawab UPSR yang diadakan di Rumah Rehat Slim River. Program yang bermula jam 2.00 petang tadi dijangka berakhir pada Zohor esok (6 Mei 2010).

Seramai 68 orang murid tahun 6 menyertai program ini.

Dalam tazkirah maghrib ini juga, Ustazah Rozila juga turut mengingatkan tentang wajib juga menghormati guru sebagai ibubapa kedua ketika di sekolah. Wajib juga menghormati guru kerana kejayaan murid adalah berpunca daripada guru yang bertungkus lumus mengajar dan mendidik murid.

Turut hadir bagi menjayakan program ini antaranya Ustaz Mohsin, Ustaz Abdul Gani, Ustazah Hamidah, Ustazah Mariam dan Ustazah Norazlina. Ustaz Zulkarnain selaku Ketua Panitia tidak dapat hadir kerana terpaksa menghadiri sesi penggubalan soalan di Taiping. Semoga peluang berprogram di tempat yang selesa ini mendorong dan memotivasikan lagi murid-murid untuk menghadapi UPSR yang tidak berapa lama lagi.

Ya Allah, bantulah kami untuk menengakkan agama-Mu di muka bumi ini..

0 comments:

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP