Saturday, October 31, 2009

Kem Mambaca Satu Malaysia















Perkhemahan Unit Uniform 2009

Program tahunan anjuran unit Kokurikulum ini telah diadakan di sekolah bermula jam 3.00 petang (Jumaat) hingga 2.00 petang (Sabtu)

Perkhemahan ini disertai oleh 100 murid iaitu 25 orang tKRS, 25 orang Pengakap, 25 orang PBSM dan 25 orang Puteri Islam.


Khemah yang siap didirikan


Aktiviti Masakan Rimba


Sedang minum pagi


Ustazah Rozila sedang menyendukkan sarapan..


Garang nampak, Pn sabina tu...


Pn Soraya sentiasa memberi tunjuk ajar..

Downloads bahan Kursus

Pada 29 Oktober 2009, bertempat di Balai Raya JKKR, Felda Besout 01, telah diadakan Kursus Pendidikan Islam jQaf anjuran IPG Tuanku Bainun, Pulau Pinang.

Seramai 80 orang guru-guru agama sekitar daerah batang Padang telah menghadiri kursus sehari tersebut.

Antara pengisian kursus adalah TAHSIN AL QURAN, JAWI DAN KLAQ (Kem Literasi Al Quran). Bahan kursus tersebut boleh dimuat turun sebagai perkongsian ilmu. Semoga Bermanfaat..

Friday, October 23, 2009

Sukaneka RIMUP 2009

Sukaneka RIMUP 2009
Anjuran SK Aminuddin Baki
Tarikh : 22 Oktober 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang SKAB
Peserta : 72 murid dari SKAB, SKC Chin Hua dan SJKT Slim River.

































Semua peserta bergambar kenangan bersama guru-guru

Monday, October 19, 2009

Hari Keluarga 2009

Sabtu- 17 Oktober 2009- Kelab Guru dan Kakitangan telah menganjurkan sambutan hari keluarga yang berlangsung di Teluk Batik Resort, Lumut.

Majlis bermula jam 12.00 tengah hari dan tamat pada jam 3.00 petang.

Seramai 115 orang telah menghadiri hari keluarga pada kali ini.

Selepas jam 3.00 petang, semua yang hadir dibenarkan menjalankan aktiviti sendiri..

Insyaallah, gambar akan menyusul kemudian..

Thursday, October 15, 2009

Persiapan Akhir Hari Keluarga 2009


En Tahkim dan Pn Marliana serta beberapa AJK lagi sedang sibuk membungkus hadiah


Pn Dalila tekun menyiapkan sticker untuk ditampal pada hadiah


Tu Dia.. Siap bersila lagi..

Hari Keluarga 2009

Akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 17 Oktober 2009
Masa : 8.30 pagi - 01.30 petang
Tempat : Teluk batik Resort

Semua Warga SKAB dan keluarga dijemput hadir..

Monday, October 12, 2009

Khemah Ibadah 1430H/ 2009

Perkhemahan Ibadah untuk murid-murid Tahun 6 telah dijalankan dengan jayanya pada 9 dan 10 Oktober 2009. Seramai 70 orang murid termasuk 10 orang daripada murid Pendidikan Khas telah menyertai khemah ibadah ini.

Program bermula jam 5.30 petang Jumaat, (pendaftaran) dan berakhir pada jam 2.30 petang Sabtu. Slot pertama dimulai dengan Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak berjamaah dipimpin oleh Ustaz Abdul Gani. Kuliah 1 dan LDK 1 bermula jam 9.00 malam dikendalikan oleh ustaz Zulkarnain dan dibantu oleh 5 orang Fasilitator.

Slot Hari Sabtu dimulai dengan Qiamulail dipimpin oleh Ustaz abdul Gani sehingga Solat Subuh. Riadah dibimbing oleh Pn Iswanti. Kuliah 2 dan LDK 2 dikendalikan oleh Ustazah Maryam dan Kuliah 3 serta LDK 3 dikendalikan oleh Ustazah Rozila bersama-sama fasilitator yang dilantik.

Alhamdulallah, kerjasama daripada semua peserta amat baik.

Selepas makan tengah hari, peserta Solat Zohor berjamaah, berkemas dan berkumpul di kantin bagi mengikuti majlis penutup. Tepat jam 2.30 petang, setelah disampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang iaitu Kumpulan Saad Abi Waqqas, Kumpulan Uthman Affafn dan Kumpulan Abu Bakr As Siddiq, majlis bersurai dengan bacaan Tasbih kaffarah dan Surah Al Asr.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Khemah Ibadah ini.

Friday, October 9, 2009

Sambutan Aidil Fitri 1430H/ 2009








Thursday, October 8, 2009

Latihan Sukan Telah Bermula...

Suasana Kemeriahan Sukan yang dijangka akan diadakan pada 7 November ini kian terasa. Bermula minggu ini, setiap rumah sukan menjalani latihan pada sebelah petang.

Syabas kepada semua guru rumah sukan. Teruskan latihan. Jangan lupa, esok ada jamuan raya..









LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP