Tuesday, February 24, 2009

Kursus Kepimpinan 2009


Alhamdulillah, Kursus Kepimpinan berjaya dilaksanakan pada Hari Sabtu yang lalu. Semua berjalan lancar. Terima kasih kerana sokongan sahabat-sahabat seperjuangan, terutama Pn Noridah yang banyak memberi tunjuk ajar. Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar kepada guru-guru yang baru setahun jagung ni.. Moga terus dirahmati Allah SWT.

Kursus dijayakan oleh pembentang pertama iaitu En Shamsuddin, diikuti oleh En Tahkim dan akhirnya oleh En Nahar (Jemputan). Majlis berakhir pada pukul 1.15 petang. Semua murid dan guru-guru menikmati hidangan tengah hari dan sebelum bersurai, semua murid Solat Zohor berjamaah.

Tidak dilupakan juga kepada guru-guru praktikum UPSI yang banyak membantu. Jazakallahu khairan kathira.. Insyaallah, beberapa gambar disertakan sebagai kenang-kenangan.













Wednesday, February 18, 2009

Bacaan Yaasin Setiap Pagi

Salah satu usaha memastikan kecemerlangan murid-murid SK Aminuddin Baki terutamanya murid-murid yang akan mengambil UPSR tahun ini ialah dengan mengadakan majlis Bacaan Yaasin setiap pagi. Majlis akan bermula pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pukul 7.45 pagi.


Secara dwi mingguan pula, pihak Panitia Pendidikan Islam menganjurkan Solat Hajat secara berjamaah. Diharapkan murid-murid ini akan terasuh dengan cara hidup Islam. Insyaallah. Mudah-mudahan Allah memandang dengan Rahmatnya terhadap usaha yang sedikit ini.


Tuesday, February 10, 2009

Bahaya Makan Berlebihan

MANUSIA perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.
Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

Menimbulkan banyak penyakit.

Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP