Monday, July 27, 2009

Majlis Penutup Israk dan Mikraj 1430H


















Monday, July 20, 2009

Perasmian Minggu Kenangan Israk dan Mikraj


Minggu Kenangan Israk dan Mikraj yang bermula hari ini (20 Julai /27 Rejab) sehingga 24 Julai telah disempurnakan perasmiannya oleh Guru Besar, Tn Hj Arshad bin Mohamad pada perhimpunan pagi ini di Dataran Kejat SKAB.

Selain itu, guru-guru diedarkan dengan buku tazkirah tentang Israk dan Mikraj serta pamplet. Semua guru telah bersama-sama mendengar Tazkirah yang disampaikan oleh AF Ustaz Zulkarnain sebagai pembukaan acara kuiz harian. Seramai tiga orang murid telah berjaya menjawab soalan yang diberi selepas mendengar tazkirah. Insyaallah, esok sehingga hari khamis, murid akan mendengar tazkirah serta kuiz setiap pagi.

Friday, July 17, 2009

Suasana Ketika Program Ziarah PIBG


Tn Hj Aminuddin Sedang Bertanya sesuatu


Cikgu Zakaria Turut Bersama


Bapa kepada murid (Zulaikha) Sedang memperkatakan sesuatu


PIBG sedia mendengar sebarang masalah untuk dikongsi..


PIBG Menziarahi Murid-murid Bermasalah

Sebagai badan yang turut sama memikul tanggungjawab demi memajukan serta memastikan kejayaan anak-anak didik SKAB dalam pendidikan, PIBG telah menjalankan satu program untuk mendekati murid-murid yang bermaslaha. Fokus utama dalam program awal ini ialah kepada murid yang kerap tidak hadir ke sekolah.

Pengerusinya, Tn Hj Aminuddin telah mengetuai rombongan yang turut disertai oleh Setiausaha serta AJK Kecemerlangan telah menziarahio beberapa keluarga yang tinggal di PPRT, Kampung Bantang dan Kampung Manggis.

Hasil dapatan akan dilaporkan kepada pihak sekolah untuk tindakan selanjutnya. PIBG melalui dapatan ziarah ini telah mengusulkan dua cadangan untuk diperhalusi oleh pihak sekolah.

Semoga usaha sama ini memberi keberkatan dalam usaha kita semua memastikan kecemerlangan anak-anak kita serta dipandang Allah SWT sebagai amal ibadah. Insyaallah.

Thursday, July 16, 2009

Minggu Kenangan Israk dan Mikraj


Friday, July 10, 2009

Maria Hertogh (Natrah) meninggal dunia di Belanda

Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.

Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.

Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.

Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.

"Menurut Bertha, beliau hanya merasa bahagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dikeluarkan tahun depan. _

Friday, July 3, 2009

Perkampungan UPSR

Perkhemahan UPSR akan berlangsung selama 3 hari. Murid-murrid Tahun 6 akan berkampung di sekolah bermula hari ini (Jumaat) sehingga hari Ahad.

Seramai 62 orang murid Tahun 6 telah menyertai perkhemahan ini.

Sebentar tadi, Guru Besar, Tn Hj Arshad bin Mohamed telah menyempurnakan majlis perasmian.













Majlis penutup telah dixsempurnakan oleh Pengerusi PIBG, Tn Hj Aminuddin Zulkipli pada jam 10.45 pagi Ahad.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Tahniah kepada semua guru-guru SKAB kerana menjayakan perkhemahan ini.

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP