Thursday, April 30, 2009

Tahniah Penerima APC 2008

Sekalung Tahniah kepada guru-guru yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008.

Teruskan Perjuangan..

Ustazah Mariam bt Ahmad
Hajjah Haslina bt Hamid
Pn Noridah bt Misran

Friday, April 24, 2009

Suasana Meriah Hari Q

















Hari Q Peringkat Sekolah

Hari Q (Qualiti) peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya di Dewan Pejabat Agama, Slim River. Semua guru dan kakitangan hadir.

Majlis bermula jam 2.15 petang dengan pengisian LADAP oleh Tn Hj Arshad bin Mohamad. Seterusnya, diikuti dengan penyampaian sijil kepada guru-guru yang terpilih atas kriteria-kriteria tertentu.

Majlis juga diserikan dengan kehadiran Cikgu Norani dan sudi juga memberuikan ucapan dalam keadaan sebak. Akhirnya, majlis meraikan guru-guru praktikum dari UPSI.

Sebelum berakhir, semua guru yang menyambut hari lahir pada bulan Januari hingga Mac dipersilakan ke hadapan dan memotong kek. majlis berakhir dengan jamuan makan di perkarangan dewan. Tahniah kepada semua warga SKAB...

Tuesday, April 21, 2009

Latihan Kawad TKRS






Monday, April 6, 2009

Badan Pengawas 2009

BADAN PENGAWAS 2009
Penasihat
Tn Hj Arshad bin Mohamad (Guru Besar)
Pengerusi
Pn Hjh Haslina bt Hamid
(Penolong Kanan HEM)
Naib Pengerusi
Pn Che Rosnah bt Zainol (PK Pentadbiran)
Pn Shamsiah bt Ismail (PK Kokurikulum)
Penyelaras
Pn Noridah bt Misran
Penolong Penyelaras
En Abdul Gani bin Ibrahim
Guru Pengawas
En Zulkarnain bin Yusop
En Muthusamy a/l Paliany
En Saiful Bahri bin Hashim
Pn soraya bt Abu Bakar
Pn Sabina bt Benjamin
Pn Nancy bt Aklis
Cik Intan Efazila bt Mohd Yusuf

Majlis Watikah Pengawas 2009

Majlis tersebut telah berlangsung pada pagi ini dengan disempurnakan oleh Guru Besar, Tn Hj Arshad bin Mohamad. Seramai 48 orang pengawas telah ditauliahkan dengan diberi watikah pelantikan bagi tahun 2009.

Pelantikan ketua pengawas diadakan selepas watikah kepada semua pengawas sempurna disampaikan. Adik Mohd Afiq bin Kamsari telah dipilih sebagai Ketua Pengawas dan Adik Nurul Farhanah bt Zaipul Anuar sebagai Penolong Ketua Pengawas.

Acara penyerahan watikah ini telah disusun rapi oleh Pn Noridah bt Misran, Guru Pengawas SKAB. Semoga pengawas-pengawas dapat menjalankan amanah dengan penuh komitmen dan cemerlang.

Tahniah kepada pengawas dan guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak.










Karnival Bola Sepak Kelompok 5

Tahniah kerana Pasukan SK Aminuddin Baki berjaya mendapat tempat kedua dalam Karnival Bola sepak yang diadakan pada 4 Apri 2009 di SM Slim, Slim River. Sebanyak 10 buah sekolah telah menyertai pertandingan tersebut.

Walaupun kalah kepada SK Slim Village di perlawanan akhir, namun prestasi pemain sekolah amat membanggakan. SKAB kalah pada perlawanan masa tambahan.

Tahniah kepada 2 orang jurulatih iaitu En Saiful Bahri dan En Tahkim kerana berjaya melatih murid dengan baik sekali. Terima kasih dan teruskan perjuangan.










LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP