Monday, April 6, 2009

Majlis Watikah Pengawas 2009

Majlis tersebut telah berlangsung pada pagi ini dengan disempurnakan oleh Guru Besar, Tn Hj Arshad bin Mohamad. Seramai 48 orang pengawas telah ditauliahkan dengan diberi watikah pelantikan bagi tahun 2009.

Pelantikan ketua pengawas diadakan selepas watikah kepada semua pengawas sempurna disampaikan. Adik Mohd Afiq bin Kamsari telah dipilih sebagai Ketua Pengawas dan Adik Nurul Farhanah bt Zaipul Anuar sebagai Penolong Ketua Pengawas.

Acara penyerahan watikah ini telah disusun rapi oleh Pn Noridah bt Misran, Guru Pengawas SKAB. Semoga pengawas-pengawas dapat menjalankan amanah dengan penuh komitmen dan cemerlang.

Tahniah kepada pengawas dan guru-guru yang terlibat secara langsung ataupun tidak.










2 comments:

GPI said...

Salam.

ni baru ada gambor... sblm ni kosong je...

Nampaknya bakat Cg Sudin mengacara majlis diteruskan di sekolah baru nya...

Syabas..

SK Ladang said...

Tahniah buat anak2 yang dilantik menjadi pengawas...
semoga terus cemerlang!!!

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP