Friday, April 16, 2010

Perjumpaan Guru Pendidikan Islam Zon Tengah Bersama Presiden PERKIM Kebangsaan 2010

Merujuk surat bertarikh 27 Rabiulakhir 1431 bersamaan 12 Mac 2010, majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Utama, Masjid Negeri Wilayah Persekutuan, Jln Duta, K.L.

Buat guru Pendidikan Islam yang terpilih, selamat maju jaya. Wallahua'lam.

Thursday, April 15, 2010

Pasukan Memanah SKAB


Tahniah kepada pasukan memanah SKAB yang berpeluang menyertai pertandingan memanah peringkat negeri Perak yang berlangsung di SMT Teluk Intan.

Pertandingan akan bermula pada hari Jumaat (16 April 2010)

Kontinjen SKAB dijangka bertolak seawal jam 7.00 pagi.

Mereka yang akan mengikuti pertandingan itu ialah:-

1. Muhd Mizal Akif
2. Muhd Faiz
3. Ikmal Syafik
4. Nur Athirah Syafika
5. Ros Azima
6. Nor Diana Asyikin
7. Nasuha

Teruskan berjuang..

Tuesday, April 13, 2010

Majlis Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas PSS

Majlis telah berlangsung pada 12 April 2010.
Tempat : Dewan Perdana SK Aminuddin Baki
Masa : 8.00 pagi
Dirasmikan oleh : Tn Inspektor Shariman bin Shukri, IPD Tanjong Malim







Friday, April 9, 2010

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 28

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung PIBG kali ke 28, Tahun 2010 telah berjaya disempurnakan pada 3 April yang lalu. Majlis yang diadakan pada hari sabtu itu telah disempurnakan perasmiannya oleh Tn Hj Mohd Halim bin Musa sebagai mewakili Tn Pegawai PPD yang tidak dapat hadir.

Tahniah kepada jawatankuasa baru yang terpilih. Mudah-mudaha PIBG dan SKAB terus berdaya saing dan maju dalam memastikan penghasilan produk pendidikan yang berkualiti, jasmani dan rohaninya. Insyaallah.

Maklumat lanjut, boleh layari blog PIBG SK Aminuddin Baki di alamat http://pibgskab.blogspot.com

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP