Monday, October 12, 2009

Khemah Ibadah 1430H/ 2009

Perkhemahan Ibadah untuk murid-murid Tahun 6 telah dijalankan dengan jayanya pada 9 dan 10 Oktober 2009. Seramai 70 orang murid termasuk 10 orang daripada murid Pendidikan Khas telah menyertai khemah ibadah ini.

Program bermula jam 5.30 petang Jumaat, (pendaftaran) dan berakhir pada jam 2.30 petang Sabtu. Slot pertama dimulai dengan Solat Maghrib, Kuliah Maghrib dan Solat Isyak berjamaah dipimpin oleh Ustaz Abdul Gani. Kuliah 1 dan LDK 1 bermula jam 9.00 malam dikendalikan oleh ustaz Zulkarnain dan dibantu oleh 5 orang Fasilitator.

Slot Hari Sabtu dimulai dengan Qiamulail dipimpin oleh Ustaz abdul Gani sehingga Solat Subuh. Riadah dibimbing oleh Pn Iswanti. Kuliah 2 dan LDK 2 dikendalikan oleh Ustazah Maryam dan Kuliah 3 serta LDK 3 dikendalikan oleh Ustazah Rozila bersama-sama fasilitator yang dilantik.

Alhamdulallah, kerjasama daripada semua peserta amat baik.

Selepas makan tengah hari, peserta Solat Zohor berjamaah, berkemas dan berkumpul di kantin bagi mengikuti majlis penutup. Tepat jam 2.30 petang, setelah disampaikan hadiah kepada kumpulan yang menang iaitu Kumpulan Saad Abi Waqqas, Kumpulan Uthman Affafn dan Kumpulan Abu Bakr As Siddiq, majlis bersurai dengan bacaan Tasbih kaffarah dan Surah Al Asr.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Khemah Ibadah ini.

0 comments:

LinkWithin

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP